Monday, 1 October 2012

~VIdeO PerGerakan LokoMotoR~


ANALISIS RPH BERDASARKAN MODEL ASSURE


MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
AKTIVITI
Analisis Pelajar
Mata Pelajaran
: Pendidikan Kesihatan
Tunjang
: Keselamatan Dan Kebersihan
Tajuk
: Keselamatan Diri
Tarikh
: 27 Ogos 2012
Masa
: 8.45-9.15 Pagi
Tahun
: 2 Bestari
Bil.Murid
: Lelaki-15 Orang
  Perempuan – 6 Orang
Pernyataan Objektif
Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:

Pemilihan Kaedah, Media Dan Bahan Sumber
Penerapan Nilai
: Kerjasama
KBKK
: Teori Kecerdasan Pelbagai 
  (TKP)
Strategi Pengajaran
: Konstruktivisme
Kesepaduan
:
Bahan Bantu Mengajar
:
Gunakan Media Dan Bahan Sumber
LANGKAH
AKTIVITI
Permulaan
(5 minit)

1.    Guru menayangkan video tentang kemalangan yang sering berlaku di taman permainan.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid-murid.

Perkembangan
(10 minit)
1.    Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2.    Setiap kumpulan mempunyai 7 orang murid.
3.    Guru akan mengedarkan kad gambar kepada setiap kumpulan.
4.    Ahli kumpulan perlu menyenaraikan punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan tersebut.










Libatkan Pelajar
LANGKAH
AKTIVITI
Kemuncak
(10 Minit)
1.    Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.    Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu situasi.
3.    Murid-murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk memainkan peranan masing-masing berdasarkan situasi tersebut.
4.    Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki melakonkan watak tersebut berdasarkan situasi yang diterima.
Menilai Dan Membuat Rumusan
LANGKAH
AKTIVITI
Penutup
(5 Minit)
1.    Guru membuat rumusan tentang keselamatan di taman permainan, dapur dan jalan raya.
2.    Guru merumuskan tentang langkah-langkah keselamatan di taman permainan, dapur dan jalan raya.

~Bahan 2 Dimensi~

Bahan 2 dimensi yang digunakan dalam pengajaran pergerakan lokomotor meniru pergerakan haiwan. bahan 2 dimensi membantu menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pemgajaran dan pembelajaran.


CONTOH BAHAN 2 DIMENSI 

kangaroo : melompat

kuda : galop

harimau bintang : berlari

ayam : berjalan


ulat bulu : melungsur

kucing : merangkak



Jenis-Jenis Pergerakan Lokomotor

Terdapat beberapa jenis pergerakan lokomotor yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar mengenai pergerakan lokomotor. Antara contohnya ialah :


BERJALAN
1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
3. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
5. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
6. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
7. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
8. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
9. Berjalan naik tangga

Contoh berjalan



BERLARI
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
2. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
3. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula
5. Berlari kehadapan serta berundur kesisi
6. Berlari mengikut seorang ketua
7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
8. Berlari mengikut arah zig zag
9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

Contoh berlari




MELOMPAT
1. Melompat seperti rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil mengubah arah lompatan

Contoh melompat



MELOMPAT KETINGTING
1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan
2. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan
kekiri-kekanan mengikut isyarat
4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

Contoh ketingting



MERANGKAK

1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali

Contoh merangkak

Pendahuluan


DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.